1. Kanser
Kenapa golongan pemakan daging lebih kerap diserang kanser? Salah satu alasannya ialah mungkin daging yang sudah berusia beberapa hari secara semula jadi bertukar menjadi warna kelabu kehijauan. Industri daging mungkin cuba menyembunyikan perubahan warna itu dengan mencampurkan nitrit, nitrat dan bahan pengawet lain. Bahan-bahan ini menjadikan daging kelihatan kemerahan tetapi kebanyakannya bersifat karsinogenik (mendorong pembentukan kanser). Saintist Amerika dan British yang telah mengkaji bakteria usus pemakan daging dengan pemakan sayuran melihat perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. bakteria dalam usus pemakan daging bertindak balas dengan cecair penghadaman dan menyebabkan kanser. Ini mungkin menerangkan kenapa kanser perut lazim membabitkan penduduk di kawasan pemakan daging, tetapi ia jarang berlaku di kawasan yang penduduknya jarang memakan daging seperti India. Misalnya di Amerika Syarikat, kanser perut merupakan kanser kedua paling kerap berlaku selepas kanser paru paru. Penduduk Scotland yang memakan 20% lebih banyak daging berbanding orang inggeris, mempunyai kes-kes kanser perut antara yang tertinggi di dunia.
HUBUNGAN TERSEMBUNYI ANTARA DAGING & KANSER
- Dalam sekilo stik yang digril dengan menggunakan arang sebagai bahan api, mungkin terdapat benzopyrene (karsinogen yang kuat), sama seperti asap yang dihembus dari 600 batang rokok.
- Para saintis di makmal kebangsaan lawrence livermore yang terlibat dalam projek memasak beribu ribu paun hamburger selama 5 tahun untuk melihat apakah bahan-bahan beracun yang terhasil dalam daging yang terlebih masak, telah mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan bahan kimia yang dikaitkan dengan kanser dan kerosakan kromosom. “Anda tidak akan melihat struktur-struktur ini jika anda memasak tofu…” kata penyiasat kanan makmal itu.
- Nitrat yang terkandung dalam produk daging boleh bergabung dengan bahan-bahan lain dalam tubuh manusia lalu membentuk nitrosamina (bahan penyebab kanser yang amat berbahaya).
2. Penyakit Jantung
Kolesterol dalam daging haiwan tidak dapat mengurai sepenuhnya dalam tubuh manusia. Ia melapisi dinding-dinding arteri. Setelah terkumpul dengan begitu lama secara berterusan, ia membentuk plak – tisu lemak yang menyumbat bukaan arteri, hingga menyebabkan sebahagian aliran darah tersekat. Keadaan berbahaya yang dipanggil aterosklerosis ini membebankan jantung yang terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengangkut darah melalui pembuluh darah yang tersumbat. Akibatnya, tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung berlaku.
3. Terkanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi biasanya diiringi oleh kolesterol darah tinggi. Dalam satu kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Epidemiology, golongan pemakan sayur didapati mempunyai paras tekanan darah yang “lebih rendah” daripada golongan pemakan daging, sesungguhpun data itu telah dikemaskini dengan turut mengambil kira pengambilan garam, alkohol, rokok, teh dan kopi yang rendah di kalangan pemakan sayur. Penulis kajian itu menyebut tentang perbezaan dalam bacaan tekanan darah sebagai “pengambilan protein haiwan dan lemak haiwan”. Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan pengambilan terlalu banyak garam. Tetapi apa yang kurang diketahui ialah aterosklerosis (akibat memakan terlalu banyak daging) juga menjadi salah satu penyumbang yang penting. Garam menaikan tekanan darah dengan menarik air ke dalam darah, dengan itu meningkatkan tekanan pada dinding arteri. Dalam aterosklerosis, bahan longgokan yang menyumbat arteri menyempitkan saluran-saluran darah. Keadaan ini menghalang aliran darah, dengan itu menaikkan tekanan darah.
4. Kegemukan
Daging merupakan makanan yang berkalori tinggi. Sesetengah jenis daging mengandungi lebih banyak kalori daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi, ubi kentang dan roti. Namun daging dan industri tenusu membelanjakan berjuta dolar untuk menyakinkan pengguna bahawa karbohidrat adalah dalang di sebalik pertambahan berat badan yang berlebihan. Mereka yang gemuk mempunyai kadar lebih tinggi penyakit jantung, kencing manis, gangguan hati, pundi hempedu, kanser, artritis dan hampir kesemua penyakit degeneratif lain yang membunuh dan mencacatkan manusia modern. Remaja gemuk mempunyai tempoh jangka hayat 15 tahun lebih singkat daripada remaja bertubuh normal. Kadar kematian bayi adalah jauh lebih tinggi membabitkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang gemuk.
saya menghidapi masalah tekanan darah rendah… bagaimana cara untuk menaikan tekanan darah saya? tekanan darah 79/51..adakah ianya merbahaya..?
Asmk nurul, memang bahaya kalau tekanan darah rendah, di syorkan diet seperti daging yang fresh , minum susu, oats, ubi kentang yg dibakar, banyak minum air kosong dan makan banyak sayuran hijau, supplements yg di syorkan seperti vit c 1,000mg daily( 500mg pagi /500mg malam) , multi vitamins, CoCQ10 100mg daily, B complex dan sekiranya tak ada multi vitamins boleh ganti dgn folic acid.
Tentukan adik ad dark chocolate dalam beg, bila rasa nak pitam, makan cepat dark chocolate atau minum 100 plus yg sejuk, insyallah. Cuba buat oxygen therapy 15 minute daily, fitness workout sangat sesuai untuk mereka yg bermasaalah darah rendah.